Skip to main content

KLUSTER KEPAKARAN

Ahli MTDA terdiri daripada pensyarah universiti, politeknik, kolej komuniti, IPG dan lain-lain. Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang bidang kepakaran. Bidang kepakaran mereka di bahagikan kepada beberapa kluster iaitu:

  1. Kejuruteraan dan Teknologi
    • Bidang kepakaran ahli dalam kluster ini merangkumi Kejuruteraan Awam,
      Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Maklumat (sistem komputer, perisian komputer, computer hardware, dll). Kluster ini diwujudkan untuk mengumpulkan direktori kepakaran ahli berdasarkan bidang kejuruteraan dan teknologi untuk menjadi rujukan dan menjalin kerjasama dengan pihak luar (Kerajaan/agensi kerajaan dan masyarakat).
  2. Pendidikan & Tvet
    • Bidang kepakaran ahli dalam kulster ini merangkumi Pembangunan Kurikulum, Kurikulum dan Instruktional, Pedagogi, Pengujian dan Penilaian, Teknik Pengajaran, Ko-Kurikulum, Psikologi Pendidikan, TESL, Pendidikan Teknik dan Vokasional, dll. Kepakaran ahli dalam kluster ini boleh menyumbang kearah memperkasa sistem pendidikan dan TVET, memacu kecemerlangan dan kualiti TVET selari dengan agenda Negara terutama dalam aspek pembangunan modal insan yang relevan, kompetitif, produktif dan mampan.
  3. Perniagaan & Keusahawanan
    • Dibawah kluster ini kepakaran ahli merangkumi Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Logistik dan Rantaian Bekalan, Perbankan Islam, Insuran, Perniagaan Antarabangsa, Keusahawanan, E-Commerce, Pemasaran, Kewangan, dll. Kepakaran dalam kluster ini boleh menyumbang kepada Pembangunan Usahawan dalam komuniti, peningkatan pengetahuan perniagaan digital, dl.
  4. Pengurusan
    • Bidang kepakaran ahli dalam kluster ini termasuklah Pengurusan, Pengurusan Sumber Manusia, Kepimpinan, Kelakuan Organisasi, Pembangunan Organisasi, dll.
      Kepakaran dalam bidang ini boleh digunakan untuk menjadi rujukan dan membimbing dalam melaksanakan sistem pengurusan yang mantap dalam organisasi.
  5. Teknologi komunikasi & Media
    • Dibawah kluster ini, kepakaran ahli termasuk bidang multimedia, teknologi maklumat (ICT), grafic design, machine learning, virtual reality, augmented reality, artificial intelligent, dll.
  6. Perkhidmatan & Hospitaliti
    • Bidang kepakaran kluster in termasuk pelancongan, hospitality, perhotelan, seni kulinary, dan perkhidmatan makanan.
  7. Alam Bina
    • Dibawah kluster ini termasuk kepakaran dalam bidang senibina, arkitek, ukur bahan, perancangan bandar dan wilayah, senibina landskap, alam sekitar, teknologi hijau, dll.

Senarai ahli mengikut kluster

AJK Biro Pendaftaran dan Keahlian:

  1. Dr Prasanna a/p Kesavan
  2. Dr Mazura binti Mansor

KOLABORASI

Sejak penubuhan MTDA, berbagai kolaborasi melalui MOU dan lain-lain telah dilakukan untuk mengambil peluang memanafaatkan kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kepentingan komuniti. Kolaborasi yang dilakukan adalah mengikut objektif MTDA, iaitu kolaborasi dari segi penyelidikan dan inovasi, kolaborasi dalam bidang latihan, kolaborasi dari segi penerbitan dan sebagainya. Kolaborasi dengan pihak institusi ini akan berterusan dilakukan kerana ianya membesarkan lagi keupayaan kedua-dua pihak melaksanakan program bersama demi manafaat bersama.
Antara kolaborasi yang telah dilakukan ialah:

  1. Universiti Ekasakti Padang, Indonesia pada tahun 2018
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018
  3. Politeknik Negeri Medan Indonesia pada tahun 2020
  4. Universiti Sains Malaysia pada tahun 2020
  5. Politeknik Nilai pada tahun 2020
  6. Colombo Plan Staf College 2023

MOU UniversitiEkasaktiPadangIndonesia2018

MOU dengan Universiti Ekasakti Padang Indonesia 2018

MOU PoliteknikNegeriMedanIndonesia2020

MOU dengan Politeknik Negeri Medan Indonesia 2020