Skip to main content

KATA ALUAN

KATA ALUAN PENGERUSI

Saya berbesar hati mengalu-alukan ahli-ahli dari Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi lain ke Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia. Persatuan ini menyediakan hab untuk bertemu, berbincang dan membina rangkaian dalam kalangan ahli akademik, profesional dan industri.

Sejak MTDA ditubuhkan pada Julai 2016, MTDA telah menganjurkan pelbagai aktiviti/program seperti seminar pembangunan profesional, persidangan antarabangsa dan kebangsaan, perbincangan meja bulat, penganjuran bersama pertandingan inovasi antarabangsa, bengkel penulisan akademik, webinar, bengkel latihan kemahiran, penulisan dan penerbitan akademik.

MTDA akan bekerja dengan lebih serius dalam aspek latihan dan perundingan, untuk menyediakan peluang kepada ahli dan bukan ahli bagi mengembangkan bakat dan potensi mereka ke peringkat yang lebih baik, dan pada masa yang sama menyumbang kepada masyarakat dalam usaha mempertingkatkan pendidikan dan sosio-ekonomi seiring dengan agenda negara.

Untuk ahli-ahli, MTDA komited untuk mereka bentuk program yang menggalakkan peningkatan keupayaan intelek, program pemberian anugerah dan projek kerjasama penyelidikan. MTDA sangat berharap untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli dan bukan ahli, meningkatkan bilangan keahlian dan menghasilkan lebih banyak program “engagement” dalam dan luar negara untuk kepentingan bersama.

Ir. Dr. Mohamad Tarmizi b. Abu Seman
Pengerusi,
Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia,
2023-2025