Skip to main content

Kolaborasi

collab01

"Selamat datang ke inisiatif kerjasama antara MTDA dengan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara. Tidak dapat dinafikan kolaborasi pendidikan dengan institusi lain dan industri akan membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah."
MTDA telah mengorak langkah bersama dengan institusi pengajian tinggi lain samada di seluruh Malaysia mahu pun luar negara. Kolaborasi begini sangat perlu untuk menggabungkan kepakaran para akademia dari berbagai bidang untuk bersama memacu kejayaan
Dengan tagline "Mencipta platform sinergi antara invididu, institusi dan industri, akan menghubungkan dunia akademik dengan dunia luar yang lebih luas”
Kolaborasi MTDA bertujuan:

  1. Mengintegrasikan Penyelidikan dan Industri: Menghubungkan jurang antara penyelidikan dan keperluan industri, memastikan usaha akademik selari dengan permintaan pasaran, dan profil akademik yang meningkat melalui kerjasama industri.
  2. Meningkatkan Kualiti Pendidikan: Memanfaatkan kepakaran semua pihak untuk memperkaya pengalaman Pendidikan, boleh mendapatkan penyelesaian inovatif terhadap cabaran industri, dan saluran profesional teknikal yang berkualiti.
  3. Membuka peluang Perkongsian Kepakaran: Mencipta ekosistem yang menggalakkan budaya memberi dan menambahbaik melalui perkongsian idea dan kepakaran
  4. Menggalakkan Kolaborasi Antarabangsa: Membina kerjasama global untuk memudahkan pertukaran pengetahuan dan membuka peluang baru untuk penyelidikan dan pembangunan.

Antara kolaborasi yang telah dilakukan ialah:

  1. Universiti Ekasakti Padang, Indonesia pada tahun 2018
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018
  3. Politeknik Negeri Medan Indonesia pada tahun 2020
  4. Universiti Sains Malaysia pada tahun 2020
  5. Politeknik Nilai pada tahun 2020
  6. PUSPANITA Kementerian Pengajian Tinggi - Cawangan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2021
  7. Colombo Plan Staf College 2023
  8. Politeknik Sandakan Sabah – INNOFEST 2024
  9. Politeknik Ibrahim Sultan – ICo-ASCNITech 2024 dan Rever 2024
  10. Politeknik Sltan Salahuddin Abdul Aziz Shah 2024

MTDA sentiasa mengalu-alukan pihak yang berminat untuk menjalin kolaborasi dalam bidang:

  • Penyelidikan & Inovasi
  • Konsultansi
  • Penerbitan

Hubungi:
Setiausaha MTDA: Dr Rokimah Mohamad (012 4800026)
Penolong Setiausaha : Dr Wan Nor Aisyah Wan Omar (013 3933935)